Wednesday, February 16, 2011

Robert Kuok dahului senarai 40 individu terkaya Malaysia

16/02/2011 8:08pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. –

  1. Pertama Robert Kuok, “Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50.04 bilion.
  2. Kedua disusuli taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.
  3. Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion 
  4. Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion
  5. Kekal pada kedudukan kelima ialah Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group dengan harta kekayaan bernilai RM10.89 bilion.
  6.  Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion,
  7. Tempat ketujuh ialah usahawan bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion.
    Demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara.Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

    "Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

    Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Januari, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...