KABUL 15 Feb. - Seorang pengebom nekad Taliban yang mensasarkan serangan ke atas sebuah pusat membeli-belah terkemuka di tengah ibu negara Afghanistan ini mengakibatkan dua pengawal keselamatan maut dan mencederakan sekurang-kurangnya dua orang, semalam.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemarai Bashary memberitahu AFP bahawa penyerang itu bertindak meletupkan dirinya selepas ditahan di pintu masuk Kabul City Centre, pusat membeli-belah moden pertama negara ini yang mula beroperasi pada 2005.
Ia merupakan serangan teruk kedua dalam tempoh tiga minggu ke atas premis-premis yang kerap dikunjungi oleh warga asing di Kabul. - AFP
Hormatilah sambutan maulidur rasul...janganlah begitu zalim
ReplyDelete