Wednesday, February 16, 2011

2011? Dunia Luar Penuh Dengan Huru Hara....Jiran Kita Thailand dan Kemboja Bertempur

Pertempuran baru selepas gencatan senjata
16/02/2011 2:34am

BANGKOK 16 Feb. — Gencatan senjata antara askar Thailand dan Kemboja berakhir hanya seminggu sahaja apabila pertempuran baru meletus di kawasan sempadan semalam, kurang daripada 24 jam selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata dilakukan secara kekal.

Jurucakap tentera, Kol. Sansern Kaewkamnerd berkata, seorang anggota tentera Thailand, Koperal Ratchapon Yospanya, cedera parah semasa pertempuran yang berlaku pukul 5 pagi semalam.

"Askar Kemboja mengebom dan menembak askar-askar Thailand yang ditempatkan di Phu Ma Khua, di wilayah Si Sa Ket dan diberi tentangan oleh pihak Thailand,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...