Wednesday, February 16, 2011

Liga Juara-juara 2011 :- Arsenal Vs Barcelona

Arsenal mahu 'rantai' Messi

LONDON - Bintang Arsenal, Theo Walcott yakin dia dan rakan-rakan sepasukannya mampu menyekat Lionel Messi pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona di Emirates awal pagi esok.

Messi meledak keempat-empat gol Barcelona ketika menewaskan Arsenal 4-1 musim lalu untuk kelab Sepanyol itu melangkah ke separuh akhir.

"Kami mampu melakukan yang lebih baik berbanding musim lalu. Kami tak boleh lakukan kesilapan lagi.

"Messi ternyata cukup hebat. Jadi kami perlu menyekatnya kerana dia adalah tonggak utama Barcelona. Kami harap dapat belajar daripada kesilapan lalu.

"Kami kini sudah mendapat pengalaman dan barisan kami musim ini lebih baik. Jadi kami akan turun berdepan Barcelona dengan lebih yakin," kata Walcott.

Sementara itu, penyerang Barcelona, David Villa tidak risau dengan tumpuan lebih yang mahu diberikan pemain-pemain Arsenal terhadap Messi.

"Memang Messi cukup berbahaya. Tapi jika Arsenal sekadar berusaha mahu menyekat pergerakan Messi, ia pasti akan membuka ruang buat pemain-pemain Barcelona yang lain.

"Apa pun, Barcelona dan Arsenal merupakan dua pasukan yang mempamerkan corak permainan terbaik di Eropah. Jadi pertembungan ini bakal menjadi salah satu perlawanan terhebat di dunia," ujar Villa.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pula menambah: "Arsenal mempunyai sesuatu yang mahu mereka buktikan. Jadi kami perlu berhati-hati." - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...