BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan akan menggunakan air laut untuk memadamkan kebakaran hutan tanah gambut seluas 1.6 hektar di Kampung Beoh, dekat sini, yang berlaku sejak Ahad lepas.
Pengarahnya Azmi Osman berkata, ketika ini pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu dengan bantuan anggota bomba dari balai berhampiran bagi mengelakkan ia daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.
"Kami menggunakan sumber air laut kerana menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan air melalui pili bomba,” katanya kepada Bernama hari ini.
No comments:
Post a Comment