KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata revolusi dan pergolakan di beberapa negara Arab menunjukkan rakyat mahukan perubahan kerajaan atau pemimpin kerana mereka tidak gembira dengan pemerintahan autoritarian.
Bekas Perdana Menteri berkata revolusi telah berjaya di Tunisia dan sekarang dunia sedang menyaksikan pergolakan di Mesir.
Sekiranya revolusi ini berjaya, katanya akan terbentuklah kerajaan baru, dan menambah adalah berbaloi untuk juga mengingati bahawa tidak semua perubahan itu akan membawa kepada kebaikan.
Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang mahukan perubahan mempunyai idea tentang jenis pemerintahan yang mereka inginkan atau sebaliknya mereka mungkin mendapat bentuk kepimpinan kerajaan yang sama, yang selama ini mereka cuba singkirkan.
"Ini kerana kebanyakan pemimpin sebaik mendapat kuasa akan berubah dan akan mudah lupa tentang segala kesusahan dan pengorbanan yang membolehkan mereka berkuasa. Kuasa adalah rasuah, seperti yang kita ketahui," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment