Laporan badan dunia itu juga menyebut pengambilan alkohol yang berbahaya ini menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.
WHO turut menyatakan kebimbangan amalan yang tidak sihat ini semakin melibatkan generasi muda serta peminum di negara sedang membangun. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 WHO ini dilancarkan pada akhir mesyuarat empat hari di Geneva, Switzerland sebagai inisitaif perlaksanaan Strategi Global Mengurangkan Penggunaan Berbahaya Alkohol.
Sumber Dari:
Bernama
Renungan Dari Keluargaku:-
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“ | "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) |
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371) ”
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ | "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) |
No comments:
Post a Comment