KOTA KINABALU, 10 Mac (Bernama) --
Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada Khamis.
Malah, Seri Paduka Baginda, yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman semasa kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan hari ini, memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi.
"Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam.
"Dalam konteks kapal selam ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa kedua-dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi pada tahap optimum," katanya kepada pemberita selepas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda, di sini.
Abdul Aziz juga berkata TLDM akan memastikan sebarang aset dan pelaburan besar yang diamanahkan oleh kerajaan akan memberi pulangan tinggi kepada negara.
Tuanku Mizan turut berkenan menyaksikan beberapa demonstrasi dan latihan oleh anggota kapal selam, terutama aktiviti kecemasan dan pengesanan serta penembakan terhadap kapal sasaran.
Menurut Abdul Aziz, latihan itu adalah bagi menunjukkan keupayaan kapal selam mengesan mana-mana sasaran pada jarak yang jauh sebelum kehadiran kapal selam itu dikesan oleh musuh.
Beliau juga berkata Seri Paduka Baginda turut melakukan simulasi tembakan terhadap sasaran dari kapal selam jenis Scorpene itu.
Sumber Dari:
BERNAMA
TQ
No comments:
Post a Comment