Wednesday, March 30, 2011

Keputusan Kelayakan Euro 2012:- Belanda, Sepanyol catat kemenangan

BERNE: Belanda dan Sepanyol dipaksa mengerah keringat pada kelayakan Euro 2012 semalam selepas terselamat daripada kebangkitan aksi Hungary dan Lithuania untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam kejohanan berkenaan.

Dirk Kuyt menyumbatkan dua gol dalam tiga minit terakhir perlawanan ketika Belanda diikat 3-3 pada minit ke-75 selepas Zoltan Gera menjaringkan gol kedua, sebelum mencatat kemenangan 5-3 ketika saingan di Amsterdam.

Dua gol pada 20 minit terakhir, satu gol sendiri daripada Tadas Kijanskas dan satu menerusi Juan Mata, membolehkan Sepanyol mencatat kemenangan 3-1 ketika saingan di padang becak di Lithuania selepas juara dunia itu mendahului dengan gol Xavi tetapi kemudiannya muncul Marius Stankevicius menyamakan kedudukan.
Sweden pula yang memburu tangga kedua dalam saingan Kumpulan E menundukkan Moldova 2-1 hasil jaringan Mikael Lustig dan Sebastian Larsson mencukupi selepas Zlatan Ibrahimovic mensia-siakan sepakan penalti sebaik sebelum tamat babak pertama.

Alexandru Suvorov merapatkan jurang untuk Sweden ketika mereka kini berkongsi sembilan mata dengan Hungary, sembilan mata di belakang Belanda.

Turki memulihkan harapan mereka untuk mendaki ke tempat kedua di belakang Jerman dalam saingan Kumpulan A hasil kemenangan 2-0 ke atas Austria.

Belgium menang besar 4-1 ke atas Azerbaijan, juga di tangga kedua dengan 10 mata manakala Turki ketiga dengan sembilan mata manakala Jerman mendahului dengan rekod sempurna.
Luxembourg tampak berupaya mencatat kejutan terbesar apabila Lars Gerson meletakkan mereka di depan ketika berentap dengan Romania tetapi dua gol menerusi Adrian Mutu membantu skuad Eropah Timur itu bangkit mencatat kemenangan 3-1 dalam Kumpulan D.

Serbia dan Slovenia mensia-siakan peluang untuk menggugat kedudukan Itali sebagai pendahului Kumpulanm C apabila kedua-duanya seri tanpa jaringan ketika beraksi di tempat lawan, kini masing-masing ketinggalan lima mata.

Slovenia pula seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Ireland Utara.

Sumber Dari:
AP& Berita harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...