KUALA TERENGGANU 2011/03/28:
Sebuah bot nelayan yang pecah dipukul ombak besar ditemui terdampar di Pantai Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata empat nelayan asing yang berada dalam bot milik warga tempatan yang didaftar di Johor itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai pada kejadian kira-kira jam 5 petang semalam.
"Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan empat orang nelayan asing berenang ke darat dan terus menghilangkan diri," katanya di sini, hari ini.
Katanya, polis menahan seorang daripada nelayan itu yang berasal dari
Kemboja di sebuah kedai kopi di Kampung Tok Jembal sejurus selepas kejadian itu.
"Tiga lagi rakannya yang berasal dari Kemboja dan Thailand ditahan
berdekatan sebuah sekolah di kampung berkenaan kira-kira jam 12 malam tadi.
"Hasil siasatan mendapati keempat-empat nelayan yang berusia 23 hingga 27
tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.
Kes disiasat mengikut Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.
Sumber Dari:
BERNAMA & Berita Harian
TQ
No comments:
Post a Comment