KUALA TERENGGANU 21 Mac - Kerajaan negeri mengarahkan semua program dan aktiviti berbentuk hiburan di seluruh negeri dibatalkan berkuat kuasa serta-merta bagi menghormati kemangkatan Almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Bariah Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah al-Haj, awal pagi ini.
Berikutan itu juga, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di negeri ini diarah mengibarkan bendera negeri separuh tiang sebagai tanda berkabung.
Sumber Dari:
Utusan Terkini
Al-Fatihah Dari Keluargaku
ReplyDelete