Ikan Siakap Masak Stim |
Bahan-bahan (3-4 orang makan)
• ikan siakap 600 gram
• 3 inci halia dihiris-hiris halus (hehehehe Keluargaku suka makan halia)
• 3 ulas bawang putih
• 3 btg serai
• 4-5 ulas bawang merah
• serbuk lada hitam secukup rasa
• serbuk lada sulah secukup rasa
• 1 biji limau nipis di perah air
• 1 biji lada besar dihiris
• 3-4 biji lada burung dihiris
• 1 biji buah tomato potong dadu
• 1 biji bawang putih jerok dibelah empat
• daun sup
• garam secukup rasa
• 1 sudu sos ikan
• 3 Biji asam boi jika suka
Cara-cara
- Ikan siakap tersebut hendak siang dan dibersihkan selepas itu disapukan sedikit garam dan perahan limau nipis @ boleh gunakan air limau nipis.
- Kemudian bahan-bahan yang hiris halus disumbat dalam ikan dan ditabur pada ikan bersama garam secubit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah & sos. Senang kata letak semualah barang yang diatastu....
- Kemudian perap selama15minit.
- Tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos ikan..
- Selepas 15 minit, ikan siakap yang diperap tadi dikukus @ stim selama kira-kira 20 minit..
- Kira-kira 5 minit sebelum angkat, rasa masakan siakap stim mengikut cita rasa anda agar tidak orang kata masakan tumpah garam ke kurang masin...
- Akhir angkat dan apabila siap dihidang tibalah masa untuk santapan bersama keluarga..
Selamat mencuba dan pastinya taknak makan kat kedai lagi...
Mengapa bayar lebih andanya kita mampu untuk berjimat
Ikhlas dari MaxOil Kad Diskaun MD2:- Mengapa bayar lebih, Belilah pada harga Diskaun
salam....sedap lagu ni.terima kasih untuk resipi ni. buka puasa nanti boleh cuba untuk hubby dan anak-anak saya.
ReplyDelete