KUALA TERENGGANU 08/03/2011 5:41pm–
Empat lelaki ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pekebun akibat terkena peluru sesat ketika berada di kebunnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun pada malam Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, kesemua mereka yang berumur antara 34 hingga 59 tahun itu, ditahan pada jam 1.45 pagi berhampiran kawasan kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Tiga orang daripada lelaki itu berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, manakala seorang lagi berasal dari Jengka, Pahang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, keempat-empat suspek bekerja sebagai tukang rumah, pembantu pertanian, pengawal keselamatan dan penganggur ditahan ketika baru pulang memburu berhampiran kawasan kejadian.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tersebut, seorang pekebun Mamat Che Ghani, 61, maut dipercayai akibat terkena peluru sesat ketika berada di kebun untuk melihat ternakannya.
Sumber Dari:–
Bernama & Kosmo Terkini
No comments:
Post a Comment