Tsunami Yang Melanda Jepun |
Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.
Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahawa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak."
Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya."Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya fikir itu adalah hukuman ilahi."
Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabenor yang bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonan untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumaat ketika Tsunami terjadi.
Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking.
Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ia sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi ‘pandang ke timur’ oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapi fenomena musibah seperti ini. Meskipun ada peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hampir 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia.
Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini.
Surah al-Ankabut : 40
فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Surah Ar-Rum : 41
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي
عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Bagi yang beriman dengan qadha’ dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat.
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya” Surah al-Zilzal: 1
Sumber Dari:-
Sinar Harian Terkini
No comments:
Post a Comment