Thursday, March 31, 2011

Datuk Malek Noor diserang sakit jantung ketika bermain bola

IPOH 2011/03/31:
Bekas jagoan bina badan negara, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi.

Malek yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Pihak hospital yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan keadaan Malek stabil dan sedang berehat.

Sumber Dari:
Berita Harian Terkini

1 comment:

  1. Harapan Kami Dari Keluargaku semoga Datuk cepat sembuh & diberikan kesihatan yang baik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...