KUALA TERENGGANU 3/27/2011 6:42:11 PM-
Seorang buruh rakyat Indonesia maut apabila terjatuh dari bumbung bangunan asrama tambahan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini hari ini.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Kismantio, 28, dari Jamber, Jawa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata, lelaki itu dikatakan tergelincir ketika berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan pada pukul 9.30 pagi.
Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat Mohd Hazrin Hakim Daud, 11, yang dihanyut arus setelah tergelincir ke dalam sungai Telemong di Kampung Nibong, Hulu Terengganu Jumaat lepas, masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, oeprasi dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan bantuan penduduk setempat.
Sumber Dari:
Bernama & Sinar Harian
No comments:
Post a Comment