Friday, March 18, 2011

Hari JUMAAT

Hari Jumaat tiba lagi...syukurlah hari ini saya masih lagi diberi peluang hidup sebagai khalifah di bumi ini..syukur tak terhingga juga Allah masih kurniakan kesihatan kepada saya dan keluarga serta semua rakan atau saudara..Hari Jumaat lah, terutama di pantai timur, hari kita tidak bekerja. Hari ini untuk kita menghabiskan masa dengan berehat, menenangkan fikiran, bersama keluarga dan macam2 lagi. Tetapi, pada saya hari inilah untuk saya berehat daripada bebanan kerja yang bertimbun. Inilah peluang kita semua untuk membahagiakan keluarga kita atau merapatkan hubungan kekeluargaan. Setelah sibuk berhari-hari, hari ini lah sepanjang hari untuk diri dan keluarga...syukur dengan adanya hari Jumaat. Di sini, saya sertakan beberapa petikan daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan dan renungan kita bersama. Moga ia sedikit sebanyak memberi  manfaat untuk kita.

  1. Daripada Abu Salmah daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda; 'Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.'
  2. Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'
  3. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; 'Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.'
Kalau kita hayati dan fahami kata-kata Rasulullah s.a.w itu, kita dapati ada berita gembira dan berita sedih lagi menakutkan kepada umat baginda sebagai bahan untuk manusia berfikir. Berita gembira ialah tentang kejadian Adam, Adam dimasukkan ke syurga dan janji Allah memakbulkan doa orang-orang yang beriman. Manakala berita sedih lagi menakutkan ialah Adam dikeluarkan dari syurga, tentang kematian, tiupan sangkakala, hari kiamat dan hari pembalasan. 

Harap kita semua mengambil keberkatan daripada kejadian hari Jumaat itu dalan menjalani kehidupan kita. Burulah seberapa banyak pahala pada hari ini dan hendaklah berpegang pada Al- Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian kita. Marilah kita sama2 bermuhasabah diri. Insya- Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...