Saturday, March 19, 2011

Harga Santan Kelapa Semakin Mahal & Harga Getah Semakin Murah

KUALA TERENGGANU, 19 Mac, 2011
Orang ramai terutama peniaga makanan di negeri ini meminta pihak berkenaan mengambil langkah segera menyelesaikan masalah harga santan yang semakin mahal.

Buah Kelapa Yang Belum dipetik

Ini berikutan harga kelapa di negeri ini kini meningkat kepada RM1.70 sebiji manakala santan dijual pada harga RM7 hingga RM8 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini.

Buah Kelapa

Seorang peniaga nasi dagang yang hanya mahu dikenali sebagai Mek Yam, 50, berkata keadaan itu membebankan peniaga sepertinya yang banyak menggunakan santan dalam masakan.

Harga Santan Rm7-Rm8 Sekilo

"Saya terpaksa menaikkan harga jualan nasi dagang kerana tidak lagi dapat menampung kos yang semakin mahal," katanya kepada Bernama, di sini.

Peniaga nasi lemak, Habsah Ali, 42, pula berkata kenaikan harga kelapa telah menyebabkan kos pembuatan nasi lemak kini naik hampir sekali ganda.

Santan Antara Bahan Asas Utama Masakan Di Malaysia

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu Hasan Jusoh berkata kenaikan harga kelapa banyak bergantung kepada bekalan dan antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah pekebun kini lebih suka menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.

Katanya bekalan kelapa di Terengganu sekarang ini memang berkurangan dan untuk menampung kekurangan itu, Fama mengimport kelapa dari Indonesia sebanyak 15 tan seminggu.

Katanya harga kelapa sekarang ini tidak stabil iaitu antara RM1.20 hingga RM1.70 sebiji.

Sumber Dari:
BERNAMA
TQ

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...