Norshahrul Jersi Biru No.9 ketika aksi Piala AFF 2010 |
Gandingan mantap bekas penyerang Selangor itu ketika mewakili negara di Piala AFF Suzuki Disember lalu – Norshahrul Idlan Talaha – dikatakan mampu mempertajamkan lagi barisan serangan Pelita Jaya musim depan andai kontrak Safee dilanjutkan.
“Pihak pengurusan sebenarnya mahu mendapatkan Norshahrul dan saya pada baki pusingan ini tetapi gagal,” kata Safee semalam. “Jadi mungkin mereka akan mencuba lagi sebaik tamat musim ini sekiranya kontrak saya dilanjutkan.
“Saya juga mengharapkan Norshahrul dapat menyertai saya di sini kerana dia lebih memahami corak permainan saya, malah saya juga cukup serasi dengan pergerakannya di dalam padang.”
Safee yang menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa kelmarin berkata, suasana Liga Super Indonesia (ISL) tidak seperti yang dihebohkan sebelum ini.
“Bagi saya tidak timbul soal keselamatan pemain terancam seperti yang digembar-gemburkan,” katanya yang diberi layanan seperti bintang oleh peminat tempatan. “Malah saya jadi lebih bersemangat untuk memenuhi harapan yang diletakkan peminat.
“Saya rasa untuk permulaan, bagus jika ada pemain negara lain beraksi di sini kerana suasana perlawanan mingguan liga sama seperti final Piala FA atau Piala Malaysia. Ia memberikan motivasi yang cukup tinggi kepada pemain.”
Selain Norshahrul, peminat di sini turut mengharapkan kedatangan pemain kebangsaan lain seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Safiq Rahim dan pemain sayap lincah, S Kunalan
Sumber Dari:
Berita Harian
No comments:
Post a Comment