Wednesday, March 9, 2011

Aksi Akrobatik:- Burung helang terbang terbalik

PRINCE RUPERT, Kanada -
Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.

Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert Kanada.
 Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.
"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.
Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu.

Sumber Dari:-
Agensi & Kosmo Dunia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...