Sunday, March 20, 2011

Keputusan Liga Perdana Inggeris 20.03.2011

Assalamualaikum W.B.T...Hujung minggu adalah hari yang penuh makna kepada setiap peminat bola. Tidak kira di negara mana pun pastinya ada aksi-aksi menarik disetiap liga diseluruh dunia. Berikut adalah keputusan Liga Perdana Inggeris 20.03.2011  untuk peminat bola sepak EPL

Man Utd 1 Vs Bolton 0
Wigan 2 Vs Birmingham 1
West Brom 2 Vs Arsenal 2
Stoke 4 Vs Newcastle 0
Aston Villa 0 Vs Wolves 1
Tottenham Hotspur 0 Vs West Ham 0
Blackburn Rovers 2 Vs Blackpool 2. 

LONDON: Dimitar Berbatov menjadi penyelamat apabila jaringan tunggalnya membolehkan Manchester United menang 1-0 ke atas Bolton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.

Dimitar Berbatov

Berbatov yang masuk menggantikan Javier Hernandez pada separuh masa kedua memperoleh jaringan itu pada minit ke-88. 

Sebelum itu United terpaksa bermain 10 pemain selepas Jonny Evans dilayangkan kad merah.

Jonny Evans

Arsenal pula bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk sekadar berkongsi satu mata apabila seri 2-2 dengan West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns, sebentar tadi.
 
Albion mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Steven Reid' dan Peter Odemwingie, The Gunners bangkit di gelanggang lawan pada minit ke-70 menerusi Andrey Arshavin dan Robin van Persie (m-78).

Andrey Arshavin

Robin van Persie
Dengan keputusan itu, Arsenal tercicir lima mata daripada pendahulu liga, Manchester United yang menewaskan Bolton 1-0.

Sumber dari:
Berita Harian Terkini
TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...