Wednesday, March 9, 2011

BANTAH Kubur nenek moyang berusia 122 tahun digali

09/03/2011 4:52pmGEORGE TOWN 9 Mac - Anggota keluarga kepada 56 orang yang dikebumikan di tanah perkuburan berusia 112 tahun di Batu Lanchang menuduh pihak berkuasa tidak berlaku adil kerana meluluskan kerja-kerja penggalian kubur nenek moyang mereka walaupun mendapat bantahan.

Yeoh Cheang Pew, 80, dan Yeoh Cheang Huat, 65, yang bercakap bagi pihak keturunan yang lain berkata, mereka bergegas pulang dari Teluk Intan dan Sitiawan hanya untuk merayu pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja itu.

"Kami dapat bercakap dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menangguhkan keputusan memusnahkan kubur-kubur itu,” kata Cheang Huat kepada pemberita di sini, hari ini.Beliau berkata, setiap orang di sini menentang tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan permit bagi menggali kubur nenek moyang mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju untuk meneliti perkara itu dan berjanji untuk memberi respons terhadap permintaan mereka dengan segera.

Cheang Huat berkata, ada kes mahkamah berhubung tanah itu yang masih belum selesai dan MPPP perlu menunggu agar kes itu diselesaikan sebelum membenarkan kubur itu dimusnahkan.
Difahamkan kawasan yang mengandungi tanah perkuburan itu telah dijual oleh salah seorang keturunan itu kepada pihak ketiga dengan harga RM470,000. Ia kemudiannya dijual kepada pihak keempat dengan harga lebih RM23 juta. Pemilik sekarang ialah pemaju, Jiran Bina Sdn Bhd.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata kes mahkamah yang belum selesai itu yang didakwa oleh keturunan berkenaan tidak berkaitan dengan kerja-kerja penggalian kubur itu."Pemaju sebagai pemilik tanah boleh memohon kebenaran jika mereka memenuhi prosedur dan MPPP boleh meluluskannya,” katanya ketika dihubungi.Ng juga mendakwa kerajaan negeri telah mengatur satu pertemuan dengan semua keturunan berkaitan pada Disember tahun lepas tetapi tiada seorang yang hadir.

Terdapat lebih daripada 50 perkuburan di Lorong Batu Lanchang termasuk perkuburan Tan Hup Chui, pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, dan Lim Ko Seng, seorang dermawan terkenal.
Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sejarah Pulau Pinang semasa zaman kejayaan mereka.
Selain keluarga Tan dan Lim, keluarga lain yang dikebumikan di situ termasuk Kam, Yeoh, Chuah, Koay, Teoh, Goh, Yap dan Ong.

Dilaporkan kerja-kerja penggalian tanah perkuburan itu dijalankan bagi memberi jalan kepada projek pembinaan rumah bernilai RM300juta. Pembangunan tanah itu dijangka dimulakan tahun depan. Projek itu mengandungi 91 rumah teres, 299 apartmen dan 234 unit kos sederhana rendah.

Sumber dari:
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...