Thursday, March 17, 2011

Wan Jamak Wan Hassan Letak ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan

SEREMBAN 17/03/2011 5:58pm
Wan Jamak Wan Hassan telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan kerana berasa bertanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.

Wan Jamak Wan Hassan

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, Wan Jamak telah menemuinya pagi tadi dan mengemukakan surat peletakan jawatannya."Sebagai seorang profesional, Wan Jamak mahu bertanggungjawab atas prestasi yang kurang memuaskan pasukan Negeri Sembilan dan mohon supaya dia dibenarkan meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita di sini.

Datuk Seri Mohamad Hassan

Mohamad, yang juga Menteri Besar, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiket dan sagu hati khas kepada pelajar Negeri Sembilan di Mesir di sini. Katanya, walaupun berat untuk melepaskan Wan Jamak memandangkan jasanya sebelum ini, namun beliau tetap menghormati pendirian jurulatih itu.
Katanya, Wan Jamak telah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan prestasi pasukan tapi tidak berhasil.

Sumber Dari:–
Bernama
Tq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...