Monday, March 14, 2011

Datuk Lee Chong Wei JUARA Persorangan All England 2011


1.35am 14 March 2011,
JUARA Persorangan ALL ENGLAND 2011!
Datuk Lee Chong Wei membukti kepada dunia keunggulan tembok besar China Lin Dan berjaya ditundukkan dan tiada ape yang mustahil jika ada kesungguhan serta keyakinan diri yang tinggi. Datuk Lee Chong Wei mengambil masa 52 minit untuk membenam musuh ketatnya Lin Dan dengan 21-17 di set pertama dan 21-17 juga di set ke-2 sekaligus mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England. Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan keseluruhan rakyat Malaysia.

Manakala beregu lelaki Malaysia Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong gagal memanafaat peluang untuk muncul juara beregu apabila tunduk kepada pasangan nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark dengan menang mata 21-15 set pertama, kalah 18-21 pada set ke-2 dan gagal memanafaat peluang pada ke-3 apabila satu ketika selesa dihapan pada mata 15-10 tapi akhirnya terpaksa kepada pasangan nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark 18-21.

Dalam saingan perseorangan wanita, Wang Shixian dari China dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Eriko Hirose dari Jepun 24-22, 21-18.

Rakan sepasukannya Wang Xiaoli dan Yu Yang pula mudah mengenepikan Mizuki Fujii/Reika Kaiiwa dari Jepun 21-2, 21-9 sekaligus menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut menggungguli acara beregu campuran apabila Xu Chen/Ma Jin menewaskan Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-13, 21-9.

Sumber dari:
Astro Arena 801 Live

1 comment:

  1. Aku bangga menyaksikan keupayaan & kesungguhan Datuk LCW membenam Lin Dan, puas hati walaupun berjaga malam tengok Datuk main semalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...