Bekas pengendali pasukan Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah, dilantik sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Wan Jamak Wan Hassan.
Mohd Azraai Khor Abdullah |
"Pelantikan Azraai Khor berdasarkan trek rekod, pengalaman dan kepakarannya dengan pasukan lain sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan Azraai Khor dengan pegawai dan pemain skuad Rusa di sini.
Selain itu, Abd Halim, yang juga pengurus pasukan, berkata PBNS tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan pengganti Wan Jamak sebab pusingan kedua Liga Super akan bermula bulan depan.
Wan Jamak meletak jawatan Rabu lepas selepas mengambil tanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA.
Dalam pada itu, Azraai Khor mula melatih skuad Kedah dari 2004 hingga 2009 dan kemudian dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 21 negara, Harimau Muda A, sehingga akhir tahun ini.
Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merehatkan Azraai Khor pada Ogos tahun lepas dan tempatnya diambil oleh Ong Kim Swee.
FAM secara rasmi mencapai persetujuan bersama dengan Azraai Khor untuk menamatkan kontrak jurulatih itu berkuat kuasa 8 Mac lalu.
Abd Halim berkata Azraai Khor akan diberikan kebebasan sepenuh dalam membimbing pasukan negeri itu tanpa sebarang campur tangan oleh pihak pengurusan.
Sementara itu, Azraai Khor, 59, berharap dapat mengembalikan semula kecemerlangan skuad Rusa setelah merudum sejak akhir-akhir ini.
Katanya beliau percaya pasukan itu dapat melangkah jauh dalam saingan Liga Super jika diberi bimbingan yang baik.
Ditanya mengapa menerima lamaran Negeri Sembilan, katanya, ia berdasarkan kesungguhan dan keseriusan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Presiden PBNS, untuk melihat kecemerlangan pasukan itu dalam liga tempatan.
Sumber Dari:-
BERNAMA
TQ
No comments:
Post a Comment