GEORGETOWN 16/03/2011 3:10pm
Seorang anggota bomba hari ini membuat laporan polis bahawa dia telah dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenalinya ketika sedang menjalankan tugas-tugas memadam api kebakaran sebuah bangunan lama di sini pagi ini.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, anggota berpangkat penyelia berusia 50 tahun itu membuat laporan polis bagi pihak jabatannya kerana lelaki awam terbabit mengganggu tugas anggota bomba.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar, George Town pagi semalam. |
Azmi berkata, sebelum kejadian itu, bomba menerima panggilan kebakaran sebuah bangunan kosong yang pernah dijadikan kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini pada pukul 7.45 pagi. Seramai 28 anggota dengan empat buah jentera dikerahkan dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian terus mengawal api daripada merebak ke bangunan-bangunan kilang kayu dan gaharu bersebelahan. "Beberapa lelaki awam yang datang ke tempat kejadian kemudiannya memberi arahan kepada pasukan bomba untuk menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tetapi pasukan bomba enggan berbuat demikian kerana mereka sibuk memadam api kebakaran,” katanya.
Azmi berkata, secara tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit berusia lingkungan 50-an dipercayai tidak berpuas hati kerana arahannya tidak dilayan terus memaki hamun pasukan bomba bertugas sebelum memukul anggota bomba berpangkat penyelia itu. Katanya, insiden itu menimbulkan kekecohan dan berlaku pergelutan antara anggota bomba dan lelaki terbabit tetapi dapat dileraikan anggota bomba lain sebelum mereka memanggil polis.
Sumber Dari:-
Bernama & Kosmo Terkini
TQ
Bila tugas kita tak dihargai..
ReplyDelete