Tuesday, March 15, 2011

Terkini:- Lagi Gempa 6.0 Richter Di Pantai Timur Honshu,Jepun

KUALA LUMPUR, 15 Mac, 2011 23:08 PM

Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 9.31 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 3,911 kilometer dari Timur Laut, Kudat di Sabah.

Jumaat lepas, Jepun digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 9.0 pada skala Richter dan mencetuskan tsunami besar yang mengorbankan beribu nyawa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...