Friday, March 11, 2011

Liga Juara-juara 2011 :- Tottenham Hotspur Ke suku akhir

Spurs pertahan rekod cemerlang

KAPTEN Spurs, Michael
Dawson (kanan) bersama rakan sepasukannya, William Gallas meraikan kejayaan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi semalam.


LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mara ke peringkat suku akhir.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan AC Milan pada aksi kedua pusingan kedua di White Hart Lane awal pagi semalam sudah cukup buat skuad kendalian Harry Redknapp itu mara dengan agregat 1-0.

Pada 16 Februari lalu, anak-anak buah Redknapp mencipta kejutan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Milan pada aksi pertama pusingan kedua di San Siro.

"Ia merupakan suatu pencapaian yang hebat buat kami kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir.

"Pemain-pemain telah mempamerkan persembahan yang menakjubkan sejak saingan ini bermula dan mereka wajar diberi- kan pujian," jelas Redknapp.

Kini, Spurs ada satu lagi misi penting yang mahu mereka laksanakan dalam saingan musim ini.

Sekiranya berjaya melepasi halangan pada peringkat suku akhir, Spurs akan mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan mara ke peringkat separuh akhir.

Ia bakal menjadi pencapaian terbaik buat Spurs sepanjang beraksi dalam kempen berprestij di pentas Eropah itu selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1961 dan 1962.

Sementara itu, Milan yang muncul juara pada 2007 sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan kelab England selepas mengalami nasib yang sama sejak tiga musim lalu.

"Tahun ini ada beberapa peru- bahan yang ketara dapat dilihat kerana kami telah beraksi dengan baik terutama pada aksi peringkat kumpulan.

"Memang saya kecewa di atas kegagalan mara ke peringkat suku akhir dan saya menyesal dengan diri sendiri.

"Bukan saya seorang tetapi kelab dan pemain-pemain juga merasai perkara yang sama," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.

Sumber Dari:
Agensi & Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...