Thursday, March 24, 2011

The Pocket Man;Sedia hadapi cabaran sengit

IMBAS KEMBALI...Azizulhasni (kanan) ketika berentap dengan Hoy di Olimpik Beijing.

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang diingatkan agar bersedia berdepan cabaran sengit di luar jangkaannya ketika beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.
Ingatan itu disuarakan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi kepada Olahragawan Negara 2010 itu selepas menjadi sandaran memenangi salah satu pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu selain Datuk Lee Chong Wei (badminton), Pandelela Rinong (terjun) dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton).

“Satu perkara yang perlu kita berwaspada, tuan rumah sudah pasti mahu mendapatkan pungutan pingat emas sebanyak mungkin. Itu adalah keutamaan yang menjadi kebiasaan kepada negara yang menganjurkan sesuatu temasya sukan,” katanya.
Tambahnya, selain turun sebagai tuan rumah, England salah satu kuasa berbasikal trek dunia dengan barisan pelumba kuat termasuk seteru utama Mohd Azizulhasni, Chris Hoy yang kerap mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa termasuk tiga pingat emas di Olimpik 2008 di Beijing.

“Pada pandangannya saya, peluangnya mungkin tidak secerah Chong Wei dalam badminton. Namun, apa juga yang berlaku sama ada meraih pingat emas atau sebaliknya, usia Mohd Azizulhasni masih muda (23 tahun) dan mungkin peluang terbaiknya adalah pada edisi 2016 di Brazil,” katanya.

Pandangan Kok Chi itu ada benarnya kerana berbasikal trek adalah salah satu acara yang menjadi sandaran utama tuan rumah selepas meraih tujuh pingat emas pada temasya di Beijing, China itu.

Beliau sebelum ini menyatakan, di kalangan atlet yang diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas, Chong Wei mempunyai peluang paling cerah berikutan bermain di gelanggang berkecuali selain hanya Lin Dan yang dilihat mampu menghalang pemain nombor satu dunia itu menjadi juara.

Sumber Dari:
MyMetro
TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...