Saturday, February 12, 2011

The Red Warriors mahu memburu tiga mata:- Keputusan Penuh

Kelantan 4 – 1 Johor FC
KELANTAN 4 (Azwan Roya 33' Gol Sndiri 51' Mat Yo 73' Nizad 79')
JOHOR FC 1 (Riduwan 25')


Kemenangan Kelantan dengan jaringan 4 gol pada malam tadi, sekaligus mengekalkan rekod kemenangan yang sama ke atas Johor FC pada musim lalu di Kota Bharu. Stadium Sultan Muhammad ke 4 sekali lagi memaksa pasukan Johor FC menerima kekalahan setelah skuad junior Johor FC juga tewas dalam saingan piala Presiden kelmarin.

Kelantan bermula cemerlang apabila seawal minit kedua Ramzul Zahini penyerang yang baru pertama kali beraksi membuat sepakan tepat ke gawang lawan namun berjaya ditepis keluar. Kelantan banyak mengasak ke kubu lawan, lebih tujuh percubaan tepat Kelantan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor FC

Pada minit ke 25 seluruh penyokong Kelantan terdiam seketika dengan jaringan awal Riduwan Ma'on. Namun semangat juang anak didik Datuk M Karathu sedikit pun tidak luntur apabila pada minit ke 33 Nurul Azwan Roya berjaya menyamakan kedudukan. Selepas gol penyamaan semangat pemain-pemain lain seperti Nurul Azwan Roya, K Soley, Piya, Norshahrul dan Ramzul kembali mengganas sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula Kelantan terus menggempur kubu lawan melalui gandingan mantap barisan pemain tengah dan penyerang. Ramzul Zahini dilihat sudah mula serasi dengan hantaran cantik Norshahrul, pada minit ke 51 percubaan Norshahrul tertampan pada pemain Johor FC. Kelantan mendahului 2-1 pada minit ke 51. Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi membuktikannya antara pemain terbaik Kelantan setelah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 73 meletakkan Kelantan mendahului Johor FC 3-1. K Soley dibawa keluar dan dibawa masuk Nizad Ayud

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh gandingan mantap tiga serangkai Nizad Ayub, Norshahrul dan Ramzul Zahini membuatkan penjaga gawang dan pemain pertahanan Johor FC kucar-kacir. Akhirnya Nizad Ayub pemain muda berbakat berjaya menonjolkan dirinya selaku penjaring gol Kelantan, setelah menjaringkan gol keempat Kelantan pada minit ke 79.

Barisan pertahanan dan penjaga gol Kelantan juga beraksi cemerlang apabila sering menggagalkan serangan Johor FC yang diketuai Rezal Zambry Yahya. Keputusan Kelantan 4-1 Johor FC kekal sehingga wisel penamat. Tahniah kepada semua penyokong Kelantan.

Tahniah dan kekalkan KEPAHLAWANAN SEJATI

SUMBER DARI
http://www.theredwarriors.com,Astro awani dan TV3 Nightline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...