01/03/2011 11:20am
MILAN 1 Mac - AC Milan menewaskan Napoli pada pertembungan awal pagi ini dengan jaringan 3-0, sekali gus mengukuhkan kedudukan di kemuncak Liga Itali dengan kelebihan lima mata.
Gol pertama dijaringkan hasil ledakan sepakan penalti Zlatan Ibrahimovic pada minit awal separuh masa kedua setelah Salvatore Aronica mengasari Alexandre Pato di dalam kota penalti.
Pemain gantian Kevin Prince Boateng menjadikan kedudukan 2-0 apabila menyempurnakan hantaran lintang Pato pada minit ke-77
dan Pato turut menjaringkan gol dua minit selepas itu untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas Napoli.
Kekalahan Napoli yang kini berada di tempat ketiga liga, menyaksikan Inter Milan selaku juara bertahan kekal di tempat kedua setelah menewaskan Sampdoria 2-0. - Agensi
No comments:
Post a Comment