Sunday, February 13, 2011

Lima sekeluarga Menjadi Musuh Negara demi RM30,000,.00

JITRA - Lima sekeluarga, yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Naga, dekat sini, Jumaat lepas.

Pasangan suami isteri bersama sepasang anak mereka dan seorang anak saudara lelaki ditahan dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi oleh polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Kubang Pasu.

Polis merampas sebungkus besar dadah jenis heroin seberat 460 gram dan lima bungkus kecil dadah jenis yang sama dengan berat 54.6 gram yang dianggar bernilai RM30,000, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohamad Yusof. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...