KLANG - 04/03/2011 6:30pm
Tindakan seorang anggota Rela berumur 36 tahun yang meminjamkan sepasang gari kepada dua rakannya membawa padah apabila dia turut ditahan selepas kedua-dua rakannya itu menyalahgunakan gari berkenaan untuk aktiviti jenayah.
Kedua-dua rakan anggota Rela terbabit dipercayai menggunakan gari itu dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan seterusnya menyamun serta melakukan pemerasan ke atas seorang wanita.
Lebih malang lagi, mangsa yang berumur 29 tahun turut dirogol oleh kedua-dua suspek.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi pada 27 Februari lepas, apabila mangsa bersama teman lelakinya telah ditahan oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta sementara teman lelaki mangsa telah diarahkan untuk menunggu mereka di balai polis.
Sumber Dari:
Bernama & Kosmo Terkini
No comments:
Post a Comment