Friday, March 4, 2011

Seorang juruwang berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun

MELAKA - 04/03/2011 7:35pm
Seorang juruwang sebuah bank hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kg Batu Gajah, Merlimau, Jasin yang bertugas didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank Islam Malaysia Berhad, Kompleks Pernigaan Masjid Tanah, Alor Gajah di sini, antara 15 Disember 2008 hingga 17 Ogos 2010.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.
Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.
Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan.

Sumber Dari:
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...