Sunday, March 6, 2011

Terkini:- Azizulhasni Giat Jalani Latihan Walaupun Kesakitan

MELBOURNE,05 Mac, 2011 13:28 PM

Meskipun masih kesakitan akibat kecederaan, jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tetap giat melakukan latihan ringan di sekitar kawasan perumahannya di sini.

Selain itu, beliau juga menjalani latihan bahagian atas badan bagi mengekalkan kecergasan.

Doktor menasihatkan supaya berehat kira-kira sebulan sebelum dibenarkan menjalani latihan bahagian bawah badan di gimnasium, katanya kepada Bernama di sini.

"Sekarang kayuh pusing-pusing kawasan rumah," katanya yang kini dalam proses pemulihan setelah cedera dalam kemalangan semasa kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester bulan lepas.

Gambar Kesakitan Yang ditangung Azizul dalam kemalangan

Memandangkan beliau masih dalam proses pemulihan, pelumba itu akan terlepas peluang daripada menyertai kejohanan basikal dunia di Apeldoorn, Belanda, bulan ini.

"Sebabkan saya cedera, tugas mengalas cabaran negara akan diserahkan pada rakan-rakan," katanya.

Ditanya bilakan beliau boleh kembali berlumba, katanya beliau tidak pasti.

Mohd Azizulhasni, pelumba dari Terengganu mendapat perhatian dunia apabila beliau bukan sahaja muncul juara keseluruhan acara keirin pada kejohanan dunia itu tetapi turut membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ketiga acara itu dalam mengalami keadaan kecederaan.

Beliau terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter tertusuk di betis kirinya sewaktu menyertai kejohanan itu.

Beginilah keadaan kayu yang menusuk betis Azizul,begitu kuat semangat ank muda Malaysia ni


Biarpun betisnya masih tertusuk serpihan kayu itu, Mohd Azizulhasni bingkas menunggang semula basikalnya untuk menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa, memastikannya terus mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.

Dia dirawat di hospital di sini dan menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkkan kayu tersebut dari betis kirinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika dalam rangka lawatan ke Australia pada Jumaat menyifatkan Mohd Azizulhasni sebagai tokoh ikon yang sebenarnya.

Sumber Dari:
BERNAMA Terkini
TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...