Friday, March 4, 2011

Man City gantung Toure kerana positif dadah


MANCHESTER: Pemain pertahanan Manchester City, Kolo Toure digantung daripada beraksi selepas gagal dalam ujian dadah terhadapnya.

Manchester City dalam satu pengumuman semalam berkata, kelab itu memaklumkannya kepada Toure bahawa sampel ujian yang diambil terhadapnya disahkan positif dadah.



“Berikutan keputusan ujian itu, dia digantung daripada menyertai pasukan utama dan juga pasukan lain di bawah kelab ini sehinggalah proses undang-undang terhadapnya selesai.

“Setakat ini kami tidak lagi bercadang untuk mengulas lebih lanjut mengenai kes ini," kata kenyataan itu.

Toure, 30, adalah pemain antarabangsa Ivory Coast yang berhijrah ke City dari Arsenal pada 2009 dengan nilai 16.3 juta Euro. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...